28 July 2011

School of Ramadhan

Posted by Tengku Nadhirah at 12:15 AM 2 comments

Allahumma balighna Ramadhan

Ramadhan terakhirku di bumi Urdun T_T

Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya


08 July 2011

BERSIH

Posted by Tengku Nadhirah at 7:34 PM 1 comments

1. Bersihkan senarai undi
  • Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
  • Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.
2. Mereformasikan undi pos
  • SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
  • Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
  • Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.
3. Gunakan dakwat kekal
  • Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
4. Masa kempen minima 21 hari
  • Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
  • Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil
  • RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
  • Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
  • Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam

Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
  • Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
  • Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
  • Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
  • Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah
  • Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
  • Pembelian undi harus dihentikan!
  • Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor
  • BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.



Love . Smile

Posted by Tengku Nadhirah at 12:09 AM 0 comments

Love . Smile

Always believe in ALLAH

07 July 2011

Alginatophobic

Posted by Tengku Nadhirah at 2:53 PM 0 comments
Arini klinik prosthodontic (klinik gigi palsu)

Sem ni belajar cara2 nak buat mouthguard.

Harini klinik pertama. Kene ambek acuan gigi menggunakan alginate.

5 impressions were in my mouth for upper arch.

3 impressions done by 1st doc & 2 impressions done by 2nd doc

urghhhhhhhh...

till now, i feel like alginate is still in my mouth ~_~"

04 July 2011

Labcoat

Posted by Tengku Nadhirah at 7:58 PM 0 comments

Alkisah suatu hari di kedai tukang jahit, kuala terengganu:

A: pakcik, boleh tak bekki (baiki) butang baju ni. longgor (longgar) laa.. derah cabut sokmo.

B: oooo, boleh bekki tapi kene gune butang lain lah. dakpe ke?

A: dakpe je, asalkan butang tu lekat molek. saya tinggal dulu lah baju ni, nanti saya mari ambek semula neh.

B: ok, ni baju mende ni, baju chef ke?

A: errrrrrrr....(?????!!!!!) [p/s: malu nok kabo tu labcoat doktor. huh]


.adios.

03 July 2011

New Semester

Posted by Tengku Nadhirah at 11:58 AM 0 comments



1st clinic for this new semester end up with nothing. good2.. hehe

takde patients, boleh balik awal =) yippi2

Hope for better start for tomorrow's clinic


 

Hamba di Jalanan Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting