04 September 2011

Episod 8: Raya kombo

Posted by Tengku Nadhirah at 8:11 PM 0 comments

31 August 2011

Episod 7: 2 Syawal

Posted by Tengku Nadhirah at 10:35 PM 0 comments
Rumah Terbuka batch
+
ziarah rumah adek2


30 August 2011

Episod 6: 1 Syawal

Posted by Tengku Nadhirah at 9:53 PM 1 comments

29 August 2011

Episod 5: Tabahku di Irbid [Salam Perantauan]

Posted by Tengku Nadhirah at 10:23 AM 4 comments
SALAM AIDILFITRI 1432H

Khas buat keluarga tercinta di Malaysia, saudara mara, sahabat handai, rakan kenalan..
Maaf zahir & batin


Tidak lupa juga buat adik2 gedoitss:
Hurin, 'Ainul, Alya, Didi, Cik Ti, Shafiqah

dan juga untuk cik Q
^___________^

28 August 2011

Episod 4: Tabahku di Irbid [Kuih Raya]

Posted by Tengku Nadhirah at 2:52 PM 4 comments

Alhamdulillah setelah bertungkus-lumus selama 3 hari berturut-turut, akhirnya projek siap juga akhirnya.
PROJEKK???!
Projek membuat kuih raya laa.. hehe =)
Ini merupakan kali pertama buat kuih raya dengan tangan sendiri.
Sebelum-sebelum ni, hanya jadi tukang bakar kuih je di rumah.
Tahun depan boleh laa ganti ma buat kuih raya plak. Anakmu ni sudah advance.. haha~

Projek ni dibantu oleh sod.
Thanx a lot sod! Sanggup bersengkang mata kerana kuih raya. hik3!




5 jenis kuih berjaya dibuat =)


Semperit of loves.. Ingatkan susah, rupanya senang je.. Feveret kak kelly ni =)


Marmar carries. 1st time buat. hiasan tak lawa sangat. baru nak praktis. yang ni pun sama, ingatkan susah, rupanya senang. kesian sod sampai dah x larat berjaga semata-mata buat kuih ni. hehe


Biskut cornflakes. Simple and delicious.


Honey cornflakes & Almond london.
Cabaran membuat almond london time nak celup coklat masakan tu, habis comot papercups.. hehe




Tahun ni WIAM tak buat open house pun. almaklum laa, tinggal berdua je. Takde feel nak ber'open house' sangat. Sape2 nak datang beraya, datang je laa. Mari makan kuih raya je laa ye
^_______^


25 August 2011

Episod 3: Tabahku di Irbid

Posted by Tengku Nadhirah at 4:53 AM 3 comments
Episod 3:

24.08.11

Kali ni iftor batch melibatkan semua warga MEP7 yang 'konon2' tabah di Irbid

dan juga meraikan hari jadi sahabat, Shahidatunnur =)


20 August 2011

Episod 2: Tabahku di Irbid

Posted by Tengku Nadhirah at 10:59 PM 6 comments
Episod 2

19 August 2011

Episod 1 : Tabahku di Irbid

Posted by Tengku Nadhirah at 10:37 PM 6 comments
Episod 1

(boleh buat drama nih :P tp episod yang tidak ada kesinambungan.. haha)


18 August 2011

Happy Holiday

Posted by Tengku Nadhirah at 4:32 PM 4 comments

Last day as 4th year dental students =)

16 August 2011

Ramadhan @ Wiam...

Posted by Tengku Nadhirah at 5:12 PM 3 comments
Alhamdulillah arini dah masuk 17 Ramadhan. sekejap je masa berlalu. tak sedar dah lebih separuh Ramadhan berlalu. Final exam pun dah nak berakhir. Tinggal satu paper je lagi hari khamis ni. Memandangkan Ramadhan tahun ni terlalu pack dengan klinik dan tugasan luar dan final exams, harini baru berkesempatan buat kueh mueh untuk berbuka.. hehe...


Bubur butir nangka.
Hampir keseluruhan pembikinan kuih ini dibuat oleh housemate tersayang, cik aini.
Al-maklum laa, sekarang tinggal berdua je. lagi 2 orang housemate pulang ke Malaysia bercuti. Nampak gaya Syawal berdua je lah dengan cik aini tahun ni. hehe


Tupat Sotong a.k.a Sotong Sumbat!!!
Sudah sekian lama teringin nak buat. Lepas terjumpa sotong kat c-town aritu, apa lagi, hajat mesti diteruskan! Akhirnya dapat laa jugak buat. ngeh3.
Tapi belom rasa lagi laa sebab tak berbuka lagi.. hehe~

28 July 2011

School of Ramadhan

Posted by Tengku Nadhirah at 12:15 AM 2 comments

Allahumma balighna Ramadhan

Ramadhan terakhirku di bumi Urdun T_T

Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya


08 July 2011

BERSIH

Posted by Tengku Nadhirah at 7:34 PM 1 comments

1. Bersihkan senarai undi
  • Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
  • Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.
2. Mereformasikan undi pos
  • SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
  • Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
  • Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.
3. Gunakan dakwat kekal
  • Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
4. Masa kempen minima 21 hari
  • Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
  • Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil
  • RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
  • Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
  • Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam

Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
  • Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
  • Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
  • Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
  • Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah
  • Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
  • Pembelian undi harus dihentikan!
  • Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor
  • BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.



Love . Smile

Posted by Tengku Nadhirah at 12:09 AM 0 comments

Love . Smile

Always believe in ALLAH

07 July 2011

Alginatophobic

Posted by Tengku Nadhirah at 2:53 PM 0 comments
Arini klinik prosthodontic (klinik gigi palsu)

Sem ni belajar cara2 nak buat mouthguard.

Harini klinik pertama. Kene ambek acuan gigi menggunakan alginate.

5 impressions were in my mouth for upper arch.

3 impressions done by 1st doc & 2 impressions done by 2nd doc

urghhhhhhhh...

till now, i feel like alginate is still in my mouth ~_~"

04 July 2011

Labcoat

Posted by Tengku Nadhirah at 7:58 PM 0 comments

Alkisah suatu hari di kedai tukang jahit, kuala terengganu:

A: pakcik, boleh tak bekki (baiki) butang baju ni. longgor (longgar) laa.. derah cabut sokmo.

B: oooo, boleh bekki tapi kene gune butang lain lah. dakpe ke?

A: dakpe je, asalkan butang tu lekat molek. saya tinggal dulu lah baju ni, nanti saya mari ambek semula neh.

B: ok, ni baju mende ni, baju chef ke?

A: errrrrrrr....(?????!!!!!) [p/s: malu nok kabo tu labcoat doktor. huh]


.adios.

03 July 2011

New Semester

Posted by Tengku Nadhirah at 11:58 AM 0 comments



1st clinic for this new semester end up with nothing. good2.. hehe

takde patients, boleh balik awal =) yippi2

Hope for better start for tomorrow's clinic


28 June 2011

Almost Done With Holiday -,-

Posted by Tengku Nadhirah at 3:49 AM 0 comments

Dakhu nk update mende. Dengan kata lain, malas nk update :P

Holiday almost done. Had a great with it! ^_^

Now, start packing and get ready to fly

Adios Terengganu, Adios Malaysia!~

04 June 2011

.:: Ragam di Klinik Gigi (Siri 1) ::.

Posted by Tengku Nadhirah at 10:29 AM 1 comments
Alhamdulillah, harini berkesempatan lagi untuk pergi ke klinik gigi.
Tujuannya? Untuk kutip seberapa banyak ilmu baru & skills untuk dipraktikkan sekembalinya aku ke Jordan. Harini doktor tetap takde. Doktor ambek cuti seminggu. Yang ada cuma dr. locum. Rezeki aku dapat jumpe lagi dengan dr. locum yang aku pernah jumpe di klinik itu pada tahun lepas. so, takyah laa nk explain lagi sekali kenapa aku berada di klinik itu.
Pekerja-pekerja di klinik pun gembira menyambut kedatangan aku. ^__^


Seperti biasa, aku jadi pemerhati je lah dalam klinik tu. Maklum laa, aku belom grad lagi.huhu.. Sekali sekala, aku diberi peluang untuk jadi assistant. Tak sabar laa plak nak jadi doktor betul.. InsyaAllah next year i'll become a dentist. pray for me ~_~.

Kebetulan time ni cuti sekolah. Tak ramai sangat pesakit yang datang. Tapi mengikut kakak pekerja klinik tu, waktu malam memang ramai pesakit. Tak menang tangan dibuatnya ~_~" Dari pukul 9 pagi hingga pukul 12 tengah hari tadi ada laa dalam 10 pesakit yang datang. Rata-ratanya datang untuk scaling& polishing, cabut gigi...

Untuk kes Prosthodontic, harini aku berkesempatan melihat prosedur wax re-try in. Mengikut ape yang tertulis di fail pesakit, ni kali ke-3 dah untuk re-try in. Sebelum2 ni ada masalah pada cross bite. So, tadi try-in berjaya. Maknanya next appointment makcik tu dah boleh laa pakai gigi palsu baru dia. hehe =)

Bagi kes Crown pula, sorang cikgu ni mengadu crown dia tercabut, Bila doktor tengok, rupa2nya crown dia patah. Bagaimana nak atasi? ada 2 cara je; 1) buat post crown 2) cabut gigi tu dan pakai denture.. cikgu ni memilih untuk buat post crown, jadi kene lah buat appointment lain sebab masa x mengizinkan tadi. Lagipun, prosedur dia agak panjang. So tadi doktor simen je balik crown cikgu tadi. Dahlaa gigi depan, esthetic is very important!~

Lebih menarik, arini ada laa dalam 3 orang budak datang untuk cabut gigi. Aku nak tekankan pasal sorang budak ni. (gambar hiasan je tu...)


Yang sweetnya, budak ni mula-mula masuk punye laa ceria dan excited!. Semangat je naik atas kerusi. Umur budak ni 8 tahun tapi gigi kekal depan masih belum tumbuh. Gigi bongsu masih ada di situ tapi dah goyang2 dan ada karies. Ada 2 batang gigi goyang. Gigi kekal bawah dah tumbuh cuma yang atas belum tumbuh. Selepas doktor check, ada benjolan atas menandakan gigi kekal nak tumbuh tapi doktor syak gigi tu akan keluar senget. So, kalau dalam masa setahun tak tumbuh jugak gigi tu, kene rujuk pakar.

Doktor pun mula laa bagi ubat bius sket. Berair jugak air mata budak ni tapi still co-operative laa.. Bestnyer laa, kalau semua budak macam ni. tak banyak songeh!~ Sepatutnya kalau nak cabut dua-dua gigi yang dah goyang pun boleh, tapi budak ni nak cabut satu je..

Doc: adik nak cabut yang mana satu ni?

Budak: yang beloh kanan ni.

Doc: x mboh cabut dua-dua sekali ke adik?

Budak: x mboh! (muke sengeh2 je.. tau kot nnti gigi rongaks! haha)

Doc: x mboh cabut yang beloh kiri ni ke sebab yang beloh kiri ni ada hitam2 dh kat depan gigi. yang beloh kanan ok lagi.

Budak: yang hitam2 tu sebab makan kacang aritu.. (Hadoiii laaaaa budak. berseloroh plak dia! ketawa aku dibuatnya)

Doc: ok laa, doktor cabut yang beloh kanan ni k. nnti esok kita cabut yang beloh kiri plok.


Ragam di klinik. Macam2 ragam. Ada yang kita expect dan ada yang kita unexpect. Moga aku bersedia untuk menghadapinya nanti.

Itu aje aku nak cerita buat arini. Malam nanti aku nak pegi lagi klinik gigi. Mesti ramai pesakit waktu malam. Hehe.. boleh laa jugak aku bantu sket2.

Oh ye! break tengah hari tadi aku dan kakak2 pegi Mayang Village (sebelah Mydin Mall) untuk lunch. Makan kuey teow sup + yong tau fu. Memang kau2 best! Berpeluh2 makan. Minum plak air teh susu berais... Fuhhhhh! hehe..

-Babai-

01 June 2011

Travelog Colombo Tour - 29/05/11

Posted by Tengku Nadhirah at 12:13 PM 0 comments

Alhamdulillah selamat tiba di airport Sri Lanka tepat jam 1.30am. Airport kat sane canggih jugak, kalah airport Jordan. hehehe.. Terpaksa merempat di balai ketibaan sampai jam 7.15am kerana menunggu kedatangan rombongan ust.zaid dari Malaysia.. dah berape puluh kali tersengguk kat atas kerusi tu. huhuhu...

Bergabung dengan group family dari Malaysia menjadikan jumlah kami seramai 11 orang. Kami dijemput oleh 3 buah kereta. Rezeki kami dapat naik Toyota Axion!!~ best woo.. ^_^ Driver kami amatlah peramah orangnya. dah lah tak banyak songeh. Tempat pertama kami adalah tempat mandi awam yang terletak berhampiran dengan pantai. Group family ambil kesempatan membersihkan diri kat sana. Aku dan rakan sebab dah biasa tak mandi kat Jordan, tak turun lah. duk dalam kereta je. hehehe...

Selepas tu, kami bergerak ke food court untuk menikmati sarapan pagi. Malaysian food boutique! wow~~~ nama kedai best giler. makanan pun best yang amat! disebabkan aku dan rakan teramatlah lapar sebab tak makan malam, kami tibai sepinggan seorang. Fuhhh~ memang nikmat... ^_^

Then, kami bergerak ke masjid yang terletak di tengah bandar Colombo. Sri Lanka ni 65% penduduknya adalah Buddha. Bakinya Hindu, Kristian, dan Islam. Masjidnya pun tak lah selesa sangat tapi boleh laa.. yang pasti, penduduk kebanyakkannya boleh speaking. hehe.. best2!!~
Selesai solat, kami dibawa melewat bandar Colombo. Cantik bandarnya. Mungkin Sri Lanka ni negara Asia, so memang kene dengan jiwa kami. Kami melewat kuil, The Independence Monumen Hall ( ni tempat stop rancangan Amazing Race dulu...!!! ), dan macam-macam lagi. Sri Lanka ni penuh dengan burung gagak! Hailaaaa, kene berjaga-jaga laa ketika berjalan. takut najisnya kene atas kepala. huhuhu...

Tepat jam 4 petang, kami bergerak ke airport untuk hantar group family tadi ke Jordan. Jadi yang stay kat Sri Lanka hanyalah aku, rakan, & Ust. Zaid. Lama juga di airport. Aku dah beberapa kali tersengguk akibat mengantuk yang amat! Lebih kurang pukul 7 malam, kami bergerak ke Negombo. Di sinilah tempat kami menginap. Villa Extra Hotel. Ini lah nama villa kami. Pemiliknya adalah orang Jerman. Villa ni memang cantik yang teramat, gabungan rumah moden dan tradisional. memang terbaek ah!~


Di sebelah malam plak, kami menaiki tut2 menuju ke Periyamulla road. Di sini kami menikmati juadah makanan Sri Lanka. What can i say, all foods there are so marvellous!!!!!!!~ ^_^ i like them so much!~ Balik2 villa memang kekenyangan. Last2 tido mati akibat terlalu letih.




Sebelah pagi, kami disediakan breakfast terlebih dahulu sebelum bergerak ke airport. I hope i can visit that villa again one day ^_^ so nice there...

Finally, i would like to thank to Mr. Leon Wislow for your kindness for driving us visiting Sri Lanka. Really appreciate it. See you again sir ^_^

31 May 2011

Travelog Dubai Tour - 28/05/11

Posted by Tengku Nadhirah at 1:04 PM 0 comments


Dari Queen Alia International Airport ke Dubai International Airport, Alhamdulillah kami selamat tiba di Dubai tepat jam 2 pagi. Fly Dubai. Itulah nama flight airway yang kami naiki. Sama je cam yang Air Asia punye, cume ni versi timur tengah. hehe.. Udara sebelum Subuh, perghhhh, bahang semacam. Awal-awal pagi, suhu dah 20++.

“Kaunter transfer/transit atau kaunter passport control ni?”.. errr, last-last pegi kat kaunter transfer/transit sebab bajet transit Dubai sehari kan. Punyelah ramai mamat-mamat kulit gelap. Rasa terasing di situ. Bahasa diorang sah-sah laa tak faham. Sampai giliran, rupa-rupanya kami di kaunter yang salah. Sepatutnya kami pegi kat kaunter passport control sebab kami nak keluar ke Dubai. Bergegas ke kaunter passport. Panjang plak kene beratur. Pukul 2.45 pagi. Kami sepatutnya dijemput oleh ejen tourism kat Dubai. Cuak gak laa kalau ejen tu dah blah kan. Ye lah, kami dah lambat 45 minit. Selesai urusan cop passport (hensem btol pegawai2 kat kaunter passport nih, sumer berjubah. Smart!!), kami pun cepat-cepat laa keluar.

“Eh, aku rasa aku ada kat Dubai, ni apasal ramai giler orang berkulit gelap ni??” Confuse2. Maksud kulit gelap ni, kami tak pasti sama ada diorang ni orang Bangladesh, Pakistan, India, Sri Lanka!.. hehe. Mana ejen ni yek? Takde plak Nampak orang pegang kertas yang tulis nama kami. Huhu.. Cuak2. Tetiba kelihatan kelibat sorang mamat yang busy tengah cakap tepon, pegang kertas, ala-ala cam nama kami di kertas tu. YESSSSSSS!! tepat jangkaan kami.

Mamat tu perkenalkan diri. Kami pun beredar ke tempat parking kereta. Sambil jalan, mamat ni cerita laa sebab apa ramai sangat orang kulit gelap tu. Oh, baru aku tau orang kulit gelap itu adalah orang Pakistan! Menjadi adat orang Pakistan ni, kalau nak jemput sesorang kat airport, paling minimum yang datang jemput adalah 4 orang. Nak jemput sorang je pun, sekali yang datang jemput tu sedozen!!~ hahaha.. It’s all about culture. Kami tak teringat plak nak tanye kewarganegaraan mamat ni. hehe.. Mamat ni cakap laa dia dah tunggu 10 minit sebelum pukul 2. Ingatkan kami dah tak jadi datang, dia dah nak blah dah. Naseb baek dia ternampak aku angkat tangan kat dia. Fuhh!! Dia kate dah laa kene duduk dekat orang Pakistan yang ramai2 tu, diorang tu tak mandi. Faham2 je laa katanya.. hehe.. Ye2, kami faham!

Arabia Park Hotel. Selesai urusan check-in hotel, kami pun masuk bilik. Tak tau lah hotel berape bintang, yang pasti memang berbintang-bintang laa sebab terlalu laa lawa hotel ni! Breakfast dijadualkan pada pukul 6 pagi hingga pukul 10 pagi. jadi, kami bajet nak breakfast pukul 7 pagi. Sekali terbangun dari tido pukul 7.30 pagi! Hahaha, sape suruh katil hotel tu sedap sangat ^_^ (Oh, kami solat Subuh dulu ye sebelum tido). Menu breakfast yang sedap. Nyum2.


Pukul 8.40 pagi. Keluar hotel untuk mula Dubai City tour. Kami dijemput oleh pegawai tourism. Bersama kami ada 3 orang tourists lain, kalau tak silap, orang Australia. 2 nenek dan sorang atuk. Comeyy!!~ Tempat pertama kami adalah di Burj Al-Arab hotel. Hotel 7 bintang termewah di dunia. Perghhhh. Ambil gambar kat luar je lah. Nak masuk dalam tak mampu. Bilik paling murah dalam hotel tu harganya dalam ratusan ribu dollar. Boleh laa nak aim slow2 tido kat sane semalam kan. Hehehe. Di situ, kami bergabung dengan tourists lain menjadikan kami satu group berjumlah 14 orang. Kami 2 orang dak Malaysia (paling muda!), 3 orang Switzerland, 3 orang Australia, 2 orang Scotland, 2 orang Korea, 2 orang lagi x dapat dikenal pasti sebab tak sempat nak temu ramah. hehe..

Kami dibawa bersiar-siar sekitar bandar Dubai. Antaranya Dubai Museum, masjid-masjid di Dubai. Kami difahamkan 90% rakyat Dubai ni sunni. 10% je yang syiah. Bangunan di Dubai memang unik-unik. Tapi semuanya gah! Kagum betol. Antara pengalaman best kami di sini, kami boleh naik ‘water taxi’.. Haha, padahal bot penambang je pun. tapi memang syok laa. Tak kami sangka ada bot penambang di bandar yang serba mewah ini. Dah laa nama diberi ‘water taxi’, memang best laah!~ Kami dibawa melawat souq(pasar) Dubai. Bermula dari kedai rempah, berakhir di kedai emas. Peluh mencurah-curah. Suhu ketika itu dah 30++. Semua dah keletihan berjalan. Pukul 12.30 tengah hari, berakhirlah tour kami. Sambil-sambil tu, sempat laa jugak temuramah orang Scotland. Diorang tanye kami nak ke mana selepas ni. Kami cakap laa nak ke Sri Lanka. Sekali tour guide yang bawak kami tu interpret, “why you are not telling me that you want to go to sri lanka??”. Aku pun jawab, “you didn’t ask me, how can I tell you… hahaha!” Rupa2nya tour guide kami tu orang Sri Lanka ^_^. Kami diambil oleh pegawai tourist lain untuk dibawa balik ke hotel. Kerete Limousin Volvo ok!!!!~ Terkedu duduk dalam kereta tu. Huhuhuhu.. Meluncur senyap je menyusuri bandar Dubai sampai lah ke hotel.

Setelah siap untuk urusan check-out, kami bersiar-siar jap kat luar kawasan hotel. Tak leh lame2 sebab memang panassss. Pukul 3.40 petang, ada laa sorang mamat asia ni (tak pasti cina @ korea) datang jemput kitorang untuk bawa ke airport. MPV Hyundai!!!!~ Thumbs up lah ^____^ rase macam VIP pun ade. Hehehe.. Sampai di airport Dubai, kami settlekan urusan tiket boarding. Dubai city tour dah settle. Now boarding to Sri Lanka. Plane is ready to take off!!~ Babai.

Note: just half day tour at Dubai. Really enjoy that country.



Thanks to:


25 May 2011

<< Mereka sudah berubah. KITA?? >>

Posted by Tengku Nadhirah at 9:11 PM 1 comments

24 May 2011

<< Little Sharks >>

Posted by Tengku Nadhirah at 12:58 PM 4 comments
Nafas baru. heh....
Gara-gara pegi delete blog yang lama, akhirnya terpaksa buat yang baru.. (padan muka)

So, new blog with new spirit ^^


Harini nak kongsi satu analogi yang best. Dengar cerita ni dari seorang senior, diambil dari sebuah buku motivasi "Life is an open secret"..
So, Let's read!


Alkisahnya berlaku di Jepun. Penduduk-penduduk di sana amat gemar makan ikan, lebih-lebih lagi ikan yang segar. Jadi, para nelayan akan bertungkus lumus menangkap ikan yang segar untuk memenuhi permintaan penduduk. Bermula di pesisir pantai, semakin hari, semakin kurang ikan di pesisir pantai. Para nelayan perlu memikirkan alternatif lain untuk menangkap ikan dengan jumlah yang agak banyak. Jadi, mereka pun buat keputusan untuk menangkap ikan di tengah laut (laut dalam). Masalah pulak timbul. Bila mereka menangkap ikan di tengah laut dan bawanya ke pesisir, ikan-ikan sudah tidak segar lagi. Camne nak pastikan ikan-ikan ni jadi segar bila sampai di pesisir??

Cara 1 : Mereka bawa kotak polisterin & isi air di dalamnya. So, mereka pun isilaa ikan yang berjaya ditangkap dalam kotak ni (memang laa kan... huhu).. Then, bila sampai di pesisir, mereka lihat ikan-ikan ni tidak segar...

Cara 2 : Mereka bawa kotak polisterin berisi ketulan ais (ala2 frozen tu)... Bila dah tangkap ikan, letak dalam kotak, bawak balik ke pesisir... Result: tak segar jugak ikan...

Cara 3 : Mereka bawa kotak polisterin berisi air. Apa yang kreatifnya di sini, mereka letak "Little Sharks" dalam kotak tersebut. Bila dah tangkap ikan, letak dalam kotak, bawak balik ke pesisir, kelihatan ikan-ikan tersebut SEGAR!!!!!!!!!!!!!! yeay... ^^

So, apa pengajaran dari cerita ni??? Apa fungsi "little sharks"????

Dalam kehidupan kita seharian, banyak cabaran, masalah, konflik yang menimpa kita. Masalah dan konflik ni dianggap sebagai "little sharks" dan kita dianggap sebagai ikan. Bila kita takde apa-apa masalah, kita akan jadi lesu dan tak produktif. So, dengan adanya masalah, cabaran, konflik, kita akan jadi lebih produktif untuk menangani masalah yang timbul. Janganlah kita anggap masalah ini sebagai beban dalam hidup kita. Jadikan iasebagai batu loncatan supaya kita
lebih mara ke hadapan. Gambate!!!~

.Be a productive muslim.


p/s: final exam hampir tiba di penghujungnya. berbaki 1 kertas. moga tabah untuk habiskannya. Ameen..



 

Hamba di Jalanan Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting