04 June 2011

.:: Ragam di Klinik Gigi (Siri 1) ::.

Posted by Tengku Nadhirah at 10:29 AM
Alhamdulillah, harini berkesempatan lagi untuk pergi ke klinik gigi.
Tujuannya? Untuk kutip seberapa banyak ilmu baru & skills untuk dipraktikkan sekembalinya aku ke Jordan. Harini doktor tetap takde. Doktor ambek cuti seminggu. Yang ada cuma dr. locum. Rezeki aku dapat jumpe lagi dengan dr. locum yang aku pernah jumpe di klinik itu pada tahun lepas. so, takyah laa nk explain lagi sekali kenapa aku berada di klinik itu.
Pekerja-pekerja di klinik pun gembira menyambut kedatangan aku. ^__^


Seperti biasa, aku jadi pemerhati je lah dalam klinik tu. Maklum laa, aku belom grad lagi.huhu.. Sekali sekala, aku diberi peluang untuk jadi assistant. Tak sabar laa plak nak jadi doktor betul.. InsyaAllah next year i'll become a dentist. pray for me ~_~.

Kebetulan time ni cuti sekolah. Tak ramai sangat pesakit yang datang. Tapi mengikut kakak pekerja klinik tu, waktu malam memang ramai pesakit. Tak menang tangan dibuatnya ~_~" Dari pukul 9 pagi hingga pukul 12 tengah hari tadi ada laa dalam 10 pesakit yang datang. Rata-ratanya datang untuk scaling& polishing, cabut gigi...

Untuk kes Prosthodontic, harini aku berkesempatan melihat prosedur wax re-try in. Mengikut ape yang tertulis di fail pesakit, ni kali ke-3 dah untuk re-try in. Sebelum2 ni ada masalah pada cross bite. So, tadi try-in berjaya. Maknanya next appointment makcik tu dah boleh laa pakai gigi palsu baru dia. hehe =)

Bagi kes Crown pula, sorang cikgu ni mengadu crown dia tercabut, Bila doktor tengok, rupa2nya crown dia patah. Bagaimana nak atasi? ada 2 cara je; 1) buat post crown 2) cabut gigi tu dan pakai denture.. cikgu ni memilih untuk buat post crown, jadi kene lah buat appointment lain sebab masa x mengizinkan tadi. Lagipun, prosedur dia agak panjang. So tadi doktor simen je balik crown cikgu tadi. Dahlaa gigi depan, esthetic is very important!~

Lebih menarik, arini ada laa dalam 3 orang budak datang untuk cabut gigi. Aku nak tekankan pasal sorang budak ni. (gambar hiasan je tu...)


Yang sweetnya, budak ni mula-mula masuk punye laa ceria dan excited!. Semangat je naik atas kerusi. Umur budak ni 8 tahun tapi gigi kekal depan masih belum tumbuh. Gigi bongsu masih ada di situ tapi dah goyang2 dan ada karies. Ada 2 batang gigi goyang. Gigi kekal bawah dah tumbuh cuma yang atas belum tumbuh. Selepas doktor check, ada benjolan atas menandakan gigi kekal nak tumbuh tapi doktor syak gigi tu akan keluar senget. So, kalau dalam masa setahun tak tumbuh jugak gigi tu, kene rujuk pakar.

Doktor pun mula laa bagi ubat bius sket. Berair jugak air mata budak ni tapi still co-operative laa.. Bestnyer laa, kalau semua budak macam ni. tak banyak songeh!~ Sepatutnya kalau nak cabut dua-dua gigi yang dah goyang pun boleh, tapi budak ni nak cabut satu je..

Doc: adik nak cabut yang mana satu ni?

Budak: yang beloh kanan ni.

Doc: x mboh cabut dua-dua sekali ke adik?

Budak: x mboh! (muke sengeh2 je.. tau kot nnti gigi rongaks! haha)

Doc: x mboh cabut yang beloh kiri ni ke sebab yang beloh kiri ni ada hitam2 dh kat depan gigi. yang beloh kanan ok lagi.

Budak: yang hitam2 tu sebab makan kacang aritu.. (Hadoiii laaaaa budak. berseloroh plak dia! ketawa aku dibuatnya)

Doc: ok laa, doktor cabut yang beloh kanan ni k. nnti esok kita cabut yang beloh kiri plok.


Ragam di klinik. Macam2 ragam. Ada yang kita expect dan ada yang kita unexpect. Moga aku bersedia untuk menghadapinya nanti.

Itu aje aku nak cerita buat arini. Malam nanti aku nak pegi lagi klinik gigi. Mesti ramai pesakit waktu malam. Hehe.. boleh laa jugak aku bantu sket2.

Oh ye! break tengah hari tadi aku dan kakak2 pegi Mayang Village (sebelah Mydin Mall) untuk lunch. Makan kuey teow sup + yong tau fu. Memang kau2 best! Berpeluh2 makan. Minum plak air teh susu berais... Fuhhhhh! hehe..

-Babai-

1 comments:

Fifiey Azmi said...

hai duktur gigi -,-
hihihihi XD

Post a Comment

 

Hamba di Jalanan Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting