01 June 2011

Travelog Colombo Tour - 29/05/11

Posted by Tengku Nadhirah at 12:13 PM

Alhamdulillah selamat tiba di airport Sri Lanka tepat jam 1.30am. Airport kat sane canggih jugak, kalah airport Jordan. hehehe.. Terpaksa merempat di balai ketibaan sampai jam 7.15am kerana menunggu kedatangan rombongan ust.zaid dari Malaysia.. dah berape puluh kali tersengguk kat atas kerusi tu. huhuhu...

Bergabung dengan group family dari Malaysia menjadikan jumlah kami seramai 11 orang. Kami dijemput oleh 3 buah kereta. Rezeki kami dapat naik Toyota Axion!!~ best woo.. ^_^ Driver kami amatlah peramah orangnya. dah lah tak banyak songeh. Tempat pertama kami adalah tempat mandi awam yang terletak berhampiran dengan pantai. Group family ambil kesempatan membersihkan diri kat sana. Aku dan rakan sebab dah biasa tak mandi kat Jordan, tak turun lah. duk dalam kereta je. hehehe...

Selepas tu, kami bergerak ke food court untuk menikmati sarapan pagi. Malaysian food boutique! wow~~~ nama kedai best giler. makanan pun best yang amat! disebabkan aku dan rakan teramatlah lapar sebab tak makan malam, kami tibai sepinggan seorang. Fuhhh~ memang nikmat... ^_^

Then, kami bergerak ke masjid yang terletak di tengah bandar Colombo. Sri Lanka ni 65% penduduknya adalah Buddha. Bakinya Hindu, Kristian, dan Islam. Masjidnya pun tak lah selesa sangat tapi boleh laa.. yang pasti, penduduk kebanyakkannya boleh speaking. hehe.. best2!!~
Selesai solat, kami dibawa melewat bandar Colombo. Cantik bandarnya. Mungkin Sri Lanka ni negara Asia, so memang kene dengan jiwa kami. Kami melewat kuil, The Independence Monumen Hall ( ni tempat stop rancangan Amazing Race dulu...!!! ), dan macam-macam lagi. Sri Lanka ni penuh dengan burung gagak! Hailaaaa, kene berjaga-jaga laa ketika berjalan. takut najisnya kene atas kepala. huhuhu...

Tepat jam 4 petang, kami bergerak ke airport untuk hantar group family tadi ke Jordan. Jadi yang stay kat Sri Lanka hanyalah aku, rakan, & Ust. Zaid. Lama juga di airport. Aku dah beberapa kali tersengguk akibat mengantuk yang amat! Lebih kurang pukul 7 malam, kami bergerak ke Negombo. Di sinilah tempat kami menginap. Villa Extra Hotel. Ini lah nama villa kami. Pemiliknya adalah orang Jerman. Villa ni memang cantik yang teramat, gabungan rumah moden dan tradisional. memang terbaek ah!~


Di sebelah malam plak, kami menaiki tut2 menuju ke Periyamulla road. Di sini kami menikmati juadah makanan Sri Lanka. What can i say, all foods there are so marvellous!!!!!!!~ ^_^ i like them so much!~ Balik2 villa memang kekenyangan. Last2 tido mati akibat terlalu letih.




Sebelah pagi, kami disediakan breakfast terlebih dahulu sebelum bergerak ke airport. I hope i can visit that villa again one day ^_^ so nice there...

Finally, i would like to thank to Mr. Leon Wislow for your kindness for driving us visiting Sri Lanka. Really appreciate it. See you again sir ^_^

0 comments:

Post a Comment

 

Hamba di Jalanan Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting