Alhamdulillah arini dah masuk 17 Ramadhan. sekejap je masa berlalu. tak sedar dah lebih separuh Ramadhan berlalu. Final exam pun dah nak berakhir. Tinggal satu paper je lagi hari khamis ni. Memandangkan Ramadhan tahun ni terlalu pack dengan klinik dan tugasan luar dan final exams, harini baru berkesempatan buat kueh mueh untuk berbuka.. hehe...

Bubur butir nangka.
Hampir keseluruhan pembikinan kuih ini dibuat oleh housemate tersayang, cik aini.
Al-maklum laa, sekarang tinggal berdua je. lagi 2 orang housemate pulang ke Malaysia bercuti. Nampak gaya Syawal berdua je lah dengan cik aini tahun ni. hehe

Tupat Sotong a.k.a Sotong Sumbat!!!
Sudah sekian lama teringin nak buat. Lepas terjumpa sotong kat c-town aritu, apa lagi, hajat mesti diteruskan! Akhirnya dapat laa jugak buat. ngeh3.
Tapi belom rasa lagi laa sebab tak berbuka lagi.. hehe~
3 comments:
buleh telan air liur ni..
ai.kak irah mase masok dokleh telan air liur..batal pose.heheh!
haha...~
Saya mahu sutong ituuu!
Post a Comment