Popular Posts
-
Nafas baru. heh.... Gara-gara pegi delete blog yang lama, akhirnya terpaksa buat yang baru.. (padan muka) So, new blog with new spirit ^^ Ha...
-
SALAM AIDILFITRI 1432H Khas buat keluarga tercinta di Malaysia, saudara mara, sahabat handai, rakan kenalan.. Maaf zahir & batin T...
-
Episod 2
-
Episod 1 (boleh buat drama nih :P tp episod yang tidak ada kesinambungan.. haha)
-
Alhamdulillah setelah bertungkus-lumus selama 3 hari berturut-turut, akhirnya projek siap juga akhirnya. PROJEKK???! Projek membuat kuih r...
-
Episod 3: 24.08.11 Kali ni iftor batch melibatkan semua warga MEP7 yang 'konon2' tabah di Irbid dan juga meraikan hari jadi sa...
-
Alhamdulillah arini dah masuk 17 Ramadhan. sekejap je masa berlalu. tak sedar dah lebih separuh Ramadhan berlalu. Final exam pun dah nak b...
-
Last day as 4th year dental students =)
-
1. Bersihkan senarai undi Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meningg...
04 September 2011
31 August 2011
30 August 2011
29 August 2011
Episod 5: Tabahku di Irbid [Salam Perantauan]

28 August 2011
Episod 4: Tabahku di Irbid [Kuih Raya]
Alhamdulillah setelah bertungkus-lumus selama 3 hari berturut-turut, akhirnya projek siap juga akhirnya.
25 August 2011
Episod 3: Tabahku di Irbid
20 August 2011
19 August 2011
Episod 1 : Tabahku di Irbid
18 August 2011
16 August 2011
Ramadhan @ Wiam...


28 July 2011
School of Ramadhan

08 July 2011
BERSIH
- Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
- Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.
- SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
- Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
- Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.
- Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
- Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
- Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.
- RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
- Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
- Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.
Contohnya :
- Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
- Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
- Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
- Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.
- Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
- Pembelian undi harus dihentikan!
- Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.
- BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.
07 July 2011
Alginatophobic

04 July 2011
Labcoat
03 July 2011
28 June 2011
Almost Done With Holiday -,-

04 June 2011
.:: Ragam di Klinik Gigi (Siri 1) ::.


01 June 2011
Travelog Colombo Tour - 29/05/11

31 May 2011
Travelog Dubai Tour - 28/05/11

“Kaunter transfer/transit atau kaunter passport control ni?”.. errr, last-last pegi kat kaunter transfer/transit sebab bajet transit Dubai sehari kan. Punyelah ramai mamat-mamat kulit gelap. Rasa terasing di situ. Bahasa diorang sah-sah laa tak faham. Sampai giliran, rupa-rupanya kami di kaunter yang salah. Sepatutnya kami pegi kat kaunter passport control sebab kami nak keluar ke Dubai. Bergegas ke kaunter passport. Panjang plak kene beratur. Pukul 2.45 pagi. Kami sepatutnya dijemput oleh ejen tourism kat Dubai. Cuak gak laa kalau ejen tu dah blah kan. Ye lah, kami dah lambat 45 minit. Selesai urusan cop passport (hensem btol pegawai2 kat kaunter passport nih, sumer berjubah. Smart!!), kami pun cepat-cepat laa keluar.
“Eh, aku rasa aku ada kat Dubai, ni apasal ramai giler orang berkulit gelap ni??” Confuse2. Maksud kulit gelap ni, kami tak pasti sama ada diorang ni orang Bangladesh, Pakistan, India, Sri Lanka!.. hehe. Mana ejen ni yek? Takde plak Nampak orang pegang kertas yang tulis nama kami. Huhu.. Cuak2. Tetiba kelihatan kelibat sorang mamat yang busy tengah cakap tepon, pegang kertas, ala-ala cam nama kami di kertas tu. YESSSSSSS!! tepat jangkaan kami.
Mamat tu perkenalkan diri. Kami pun beredar ke tempat parking kereta. Sambil jalan, mamat ni cerita laa sebab apa ramai sangat orang kulit gelap tu. Oh, baru aku tau orang kulit gelap itu adalah orang Pakistan! Menjadi adat orang Pakistan ni, kalau nak jemput sesorang kat airport, paling minimum yang datang jemput adalah 4 orang. Nak jemput sorang je pun, sekali yang datang jemput tu sedozen!!~ hahaha.. It’s all about culture. Kami tak teringat plak nak tanye kewarganegaraan mamat ni. hehe.. Mamat ni cakap laa dia dah tunggu 10 minit sebelum pukul 2. Ingatkan kami dah tak jadi datang, dia dah nak blah dah. Naseb baek dia ternampak aku angkat tangan kat dia. Fuhh!! Dia kate dah laa kene duduk dekat orang Pakistan yang ramai2 tu, diorang tu tak mandi. Faham2 je laa katanya.. hehe.. Ye2, kami faham!
Arabia Park Hotel. Selesai urusan check-in hotel, kami pun masuk bilik. Tak tau lah hotel berape bintang, yang pasti memang berbintang-bintang laa sebab terlalu laa lawa hotel ni! Breakfast dijadualkan pada pukul 6 pagi hingga pukul 10 pagi. jadi, kami bajet nak breakfast pukul 7 pagi. Sekali terbangun dari tido pukul 7.30 pagi! Hahaha, sape suruh katil hotel tu sedap sangat ^_^ (Oh, kami solat Subuh dulu ye sebelum tido). Menu breakfast yang sedap. Nyum2.
Pukul 8.40 pagi. Keluar hotel untuk mula Dubai City tour. Kami dijemput oleh pegawai tourism. Bersama kami ada 3 orang tourists lain, kalau tak silap, orang Australia. 2 nenek dan sorang atuk. Comeyy!!~ Tempat pertama kami adalah di Burj Al-Arab hotel. Hotel 7 bintang termewah di dunia. Perghhhh. Ambil gambar kat luar je lah. Nak masuk dalam tak mampu. Bilik paling murah dalam hotel tu harganya dalam ratusan ribu dollar. Boleh laa nak aim slow2 tido kat sane semalam kan. Hehehe. Di situ, kami bergabung dengan tourists lain menjadikan kami satu group berjumlah 14 orang. Kami 2 orang dak Malaysia (paling muda!), 3 orang Switzerland, 3 orang Australia, 2 orang Scotland, 2 orang Korea, 2 orang lagi x dapat dikenal pasti sebab tak sempat nak temu ramah. hehe..

Kami dibawa bersiar-siar sekitar bandar Dubai. Antaranya Dubai Museum, masjid-masjid di Dubai. Kami difahamkan 90% rakyat Dubai ni sunni. 10% je yang syiah. Bangunan di Dubai memang unik-unik. Tapi semuanya gah! Kagum betol. Antara pengalaman best kami di sini, kami boleh naik ‘water taxi’.. Haha, padahal bot penambang je pun. tapi memang syok laa. Tak kami sangka ada bot penambang di bandar yang serba mewah ini. Dah laa nama diberi ‘water taxi’, memang best laah!~ Kami dibawa melawat souq(pasar) Dubai. Bermula dari kedai rempah, berakhir di kedai emas. Peluh mencurah-curah. Suhu ketika itu dah 30++. Semua dah keletihan berjalan. Pukul 12.30 tengah hari, berakhirlah tour kami. Sambil-sambil tu, sempat laa jugak temuramah orang Scotland. Diorang tanye kami nak ke mana selepas ni. Kami cakap laa nak ke Sri Lanka. Sekali tour guide yang bawak kami tu interpret, “why you are not telling me that you want to go to sri lanka??”. Aku pun jawab, “you didn’t ask me, how can I tell you… hahaha!” Rupa2nya tour guide kami tu orang Sri Lanka ^_^. Kami diambil oleh pegawai tourist lain untuk dibawa balik ke hotel. Kerete Limousin Volvo ok!!!!~ Terkedu duduk dalam kereta tu. Huhuhuhu.. Meluncur senyap je menyusuri bandar Dubai sampai lah ke hotel.
Setelah siap untuk urusan check-out, kami bersiar-siar jap kat luar kawasan hotel. Tak leh lame2 sebab memang panassss. Pukul 3.40 petang, ada laa sorang mamat asia ni (tak pasti cina @ korea) datang jemput kitorang untuk bawa ke airport. MPV Hyundai!!!!~ Thumbs up lah ^____^ rase macam VIP pun ade. Hehehe.. Sampai di airport Dubai, kami settlekan urusan tiket boarding. Dubai city tour dah settle. Now boarding to Sri Lanka. Plane is ready to take off!!~ Babai.

Note: just half day tour at Dubai. Really enjoy that country.
Thanks to:

25 May 2011
24 May 2011
<< Little Sharks >>

